Sunday, August 14, 2011

Permulaan kita.

Bismillahhirahmanirrahim.


Dikira-kira sudah hampir dua minggu umat Islam menunaikan puasa. Alhamdulillah, puasa aku masih lagi penuh. Dua hari lepas aku berkesempatan untuk melawat Ayah Long yang terlantar di Hospital Setiu dan kemudiannya ke Hospital Kuala Terengganu akibat keadaan nya yang kelihatan lebih kritikal. Semoga Ayah Long cepat sembuh. Ameen.


Dan satu kisah yang menarik perhatian aku.Okay, ini sudah tiada kaitan dengan Ayah Long okay. Tak sangka dia sanggup buat semua tu pada keluarga dia sendiri. Terutamanya pada ibu/bapa dia sendiri. Pada pandangan aku selama kami membesar bersama, dia adalah seorang yang baik lebih lebih lagi hubungan mereka sekeluarga. Sungguh sebab itu aku tak sangka dia begitu/kejam. Semoga InsyaAllah dia akan sedar suatu hari nanti.


Air mata seorang ibu yang tumpah ketika sedang bercerita nasibnya sangat membuatkan aku rasa sebak. Hati aku turut menangis sama.


Ya Allah, Kau jauhkan lah aku dari sikap itu Ya Allah. jadikan lah aku seorang anak yang baik. Seorang kakak, adik, kawan yang baik. Hargailah ibu bapa kerana merekalah permulaan kita.


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment