Thursday, August 4, 2011

Terima kasih Tuhan.

Syukur Alhamdulillah. Syukur kerana aku masih lagi berkesempatan merasai keindahan Ramadhan untuk kali ke 23 sepanjang aku hidup. Memang Allah itu sangat baik. Sungguh walaupun aku banyak melakukan dosa. Kurang buat pahala. Tapi masih lagi bagi aku peluang untuk semua ni. Syukran Ya Allah.


Bercuti selama 3 bulan. Macam macam benda terjadi. Yang anehnya, apa yang aku rancang majoritinya tak terlaksana jauh lagi untuk tercapai. Tapi cuti kali ni penuh dengan perkara yang tak dirancang. Sangat. Sangat aku penat.


Batuk. Aku dapat simpulkan tahun 2011 adalah tahun batuk sepanjang tahun untuk aku. Sakit. Dan sepanjang 3 bulan aku bercuti dah 4,5 kali aku diserang batuk sehingga tahap paling teruk berlaku pendarahan di mulut dan hidung. Semoga aku akan terus hidup.


Sia sia. Memang banyak perkara sia sia yang aku buat sepanjang hidup aku. Cuba untuk berubah. Tapi kadang kala terlalu payah. Kesedaran aku selalunya datang sementara. Hanya bila aku sedih, sakit, terluka, teraniaya. Tapi bila sebaliknya, aku lupa. Lupa semua. Lumrah hidup. Mungkin hidup aku saja sebab memang jenis tak tahu bersyukur. Semoga tekad suatu hari nant. Insyallah.


Sedar. Sedar dan cuba lupakan. Semakin pasti rindu mu bukan untukku. Cuba berpijak di bumi yang nyata. Terima kasih Tuhan sekali lagi sedarkan aku. Good bye!

No comments:

Post a Comment