Sunday, September 18, 2011

Amalina Batrisyia.

Bismillah.


Kata orang orang, kehadiran seorang bayi boleh memberikan seribu kebahagiaan. Betul ka ?


Yeah, memang bagi saya ia sangat lah betul dan bukan hanya kenyataan yang tak berasas. Ia tidak sama dengan kelahiran anak kucing. Memang bila ada sahaja anak kucing yang lahir, kami sekeluarga gembira dan masing masing berebut untuk memberi nama. Dan time tu masing masing mengeluarkan idea masing masing.


Tapi lahirnya seorang bayi adalah lebih dari itu. Buktinya, selepas kelahiran Nur Amalina Batrisyia, iaitu anak saudara pertama bagi kami adik beradik dan juga merangkap cucu pertama kepada Abah dan Ma. So, boleh bayangkan tak macam mana kedatangan Cha Cha Cha telah merubah keluarga kami. Alhamdulillah. Walaupun tak sepenuhnya, tapi cukup lah sekadar sedikit kerana ianya lebih baik jika tak ada langsung.


Orang dewasa boleh berubah bila ada kanak kanak. Contohnya, yang normal tibe tibe berubah menjadi pelat kerana konon konon kalau cakap dengan baby kena pelat pelat. Contohnya, ''Eii, Cha yak ek?Ucuknyeer'' Ooh. Klise sungguh keluarga ini. Ok, lets review our buah hati pengarang jantung comel ni.




Tak cukup bulan, so kecik ja.



Ini jaa present yang Mama Nod mampu bagi :'(

Penat tau pilih dengan Mama Kia n Papa Hasrul okay.



Captured by Aunty dengan penuh kasih sayang.

Ok. Sapa bertanggungjawab buli kanak kanak kecil ni !

Sekian. Semoga membesar dengan sihat menjadi seorang gadis yang solehah, cerdik, pandai, cantik, hot, beriman bla bla bla. Insyaallah.

Friday, September 16, 2011

Air tangan bonda.

Thanqs a lot my bonda for this sweet bed fitted.

I love it so much. I love u too of course.

Jangan tanya kenapa kalau saya tak bangun ke class.





* Yellow-ish. Perasan macam puteri pulak.


Okay, beta ke kamar dulu.

Tuesday, September 6, 2011

Raya dan Sintok.

Ramadhan dah berlalu.
Sekarang Syawal. Maksudnya Hari Raya Aidilfitri.
Kampung Sungai, Bachok untuk tiga hari raya pertama.
Selebihnya sambutan di Felda Neram Satu, Terengganu.
Alhamdulillah. Raya yang tenang. Jumpa saudara mara.
Harap ini bukan Syawal terakhir.


: Persiapan pernikahan Faiz dan pasangan.



: Pagi pertama Syawal.

Berangkat ke Sintok 9hb September 2011.Semoga perjalanan selamat.Semoga niatku terus menuntut ilmu kerana Allah. Ameen.

Friday, August 19, 2011

If I could go back in that time.

Bismillah.

Family,
I dont want luxury.
I am not asking for wealthiness.
I just want us to be like before.
A happy family.
Without conflicts.
Without arguments.
U know I am sad ok.
Really sick.
And I really miss the time before.

Family,
Can you hear me crying?
Of course not. No one cares.

Bye.

Again, I wish I could turn back that time.

Sunday, August 14, 2011

Permulaan kita.

Bismillahhirahmanirrahim.


Dikira-kira sudah hampir dua minggu umat Islam menunaikan puasa. Alhamdulillah, puasa aku masih lagi penuh. Dua hari lepas aku berkesempatan untuk melawat Ayah Long yang terlantar di Hospital Setiu dan kemudiannya ke Hospital Kuala Terengganu akibat keadaan nya yang kelihatan lebih kritikal. Semoga Ayah Long cepat sembuh. Ameen.


Dan satu kisah yang menarik perhatian aku.Okay, ini sudah tiada kaitan dengan Ayah Long okay. Tak sangka dia sanggup buat semua tu pada keluarga dia sendiri. Terutamanya pada ibu/bapa dia sendiri. Pada pandangan aku selama kami membesar bersama, dia adalah seorang yang baik lebih lebih lagi hubungan mereka sekeluarga. Sungguh sebab itu aku tak sangka dia begitu/kejam. Semoga InsyaAllah dia akan sedar suatu hari nanti.


Air mata seorang ibu yang tumpah ketika sedang bercerita nasibnya sangat membuatkan aku rasa sebak. Hati aku turut menangis sama.


Ya Allah, Kau jauhkan lah aku dari sikap itu Ya Allah. jadikan lah aku seorang anak yang baik. Seorang kakak, adik, kawan yang baik. Hargailah ibu bapa kerana merekalah permulaan kita.


Assalamualaikum.

Tuesday, August 9, 2011

Rindu

Bismillah.


Rindu.

Ya, aku betul betul rindu kan kau. Aku tak tipu.


Sekian.

Thursday, August 4, 2011

Terima kasih Tuhan.

Syukur Alhamdulillah. Syukur kerana aku masih lagi berkesempatan merasai keindahan Ramadhan untuk kali ke 23 sepanjang aku hidup. Memang Allah itu sangat baik. Sungguh walaupun aku banyak melakukan dosa. Kurang buat pahala. Tapi masih lagi bagi aku peluang untuk semua ni. Syukran Ya Allah.


Bercuti selama 3 bulan. Macam macam benda terjadi. Yang anehnya, apa yang aku rancang majoritinya tak terlaksana jauh lagi untuk tercapai. Tapi cuti kali ni penuh dengan perkara yang tak dirancang. Sangat. Sangat aku penat.


Batuk. Aku dapat simpulkan tahun 2011 adalah tahun batuk sepanjang tahun untuk aku. Sakit. Dan sepanjang 3 bulan aku bercuti dah 4,5 kali aku diserang batuk sehingga tahap paling teruk berlaku pendarahan di mulut dan hidung. Semoga aku akan terus hidup.


Sia sia. Memang banyak perkara sia sia yang aku buat sepanjang hidup aku. Cuba untuk berubah. Tapi kadang kala terlalu payah. Kesedaran aku selalunya datang sementara. Hanya bila aku sedih, sakit, terluka, teraniaya. Tapi bila sebaliknya, aku lupa. Lupa semua. Lumrah hidup. Mungkin hidup aku saja sebab memang jenis tak tahu bersyukur. Semoga tekad suatu hari nant. Insyallah.


Sedar. Sedar dan cuba lupakan. Semakin pasti rindu mu bukan untukku. Cuba berpijak di bumi yang nyata. Terima kasih Tuhan sekali lagi sedarkan aku. Good bye!