Friday, May 27, 2011

~ Kenapa.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.


Malam ni malam ke-dua aku seorang diri di bilik. Ye,lepas exam habis roomate tinggalkan aku terkia kial di sini. Something yang aku tak tahan adalah. Jiran saya. SCARY gila doh. Dari malam tad asyik menangis menangis dan menangis. Dan yang paling tak tahan, port menangis dia adalah di tepi ampaian baju depan bilik aku, di dalam bilik air,di atas tangga. Cuba bayangkan, aku tengah syok syok membelai muka sambil cuci cuci dengan facial wash jenama X, tiba tiba dengar suara perempuan menangis. Mendayu dayu. Gila. Time tu memanglah aku rasa macam bila aku tengok muka aku kat cermin aku dah bayangkan rupa rupa sesuatu kat belakang aku. Alah, macam dalam drama filem filem seram tuh. Dapat bayangkan x? Scary kan.


Dalam hati aku,oh Tuhan ja yang tahu. Dan dalam masa yang sama ada jugak sumpah seranah maki makian manja aku khas untuk dia. Kalau ikut hati aku nak ja tendang pintu bilik air tu sampai tercabut. Tapi takut dia makin menangis pulak sebab hidung kemek kena hempap pintu yang tercabut. Nasib baik aku waras lagi. Dan cuba banyangkan, dalam pukul 3 a.m tengah syok syok melayan lagu Anuar Zain,tiba tiba dengar orang menangis depan pintu bilik. Apa kau rasa kalau kau ditempat aku. Sawan x?


Bukan la aku tak mahu memahami dia. Mungkin dia ada masalah hidup. Mungkin masalah cinta, keluarga, kawan or dia tengah sakit gigi. Tapi agak agak la sikitt. Kau tengah melayan perasaan, bukan tengah shooting filem Pierre Andre tajuk baru Jangan Pandang Pandang collaboration dengan Pak Cik Suhaimi Meor. Dah la jiran kau ni, maksudnya; aku ni penakut. Makin takut lah aku. Boleh tak??


Huh. Marah betul aku. Kalau kau ada masalah, meh sini meh bucuk bucuk cayang. Cerita kat aku. Ni bila aku tanya, kata tak ada apa apa. Tapi tindakan kau boleh buat jangka hayat aku makin pendek. Eh, aku rindulah dengan muka ceria kau bila rembat part ampaian bilik aku bila kau basuh baju terover jumlah sebab sekali dengan dengan baju Bopren kau, kau basuh. Yeah,kau memang rajin. Tolong basuh baju aku sekali boleh? Aku pun rindu dengan suara ceria kau bila bercakap dalam telefon. Memanglah aku tak faham sepatah pun kau cakap. Tapi aku suka, aku rasa 1 blok suka dengar kot sebab kau memang cakap dalam phone macam tengah buat konsert. Eh, apa kata kau buat konsert nyanyi lagu Kajol 1, mesti ramai Fans kau dapat.


Tapi semua tu tiada lagi. Aku rindukan kau yang dulu jiran. Tolong hentikan perangai misteri kau tu. Aku dah tak sanggup lagi sayang.

2 comments:

  1. hahaha..lawak la nodi cter ko ni...nk gelak pun ade gak...wawawawa..cube g tanye jiran ko tu..mgkin masalah cnte kot..hehehe

    ReplyDelete